

MPC mantap aktiviti tingkat daya saing
JOHOR BAHRU: Perbadanan Produktiviti Malaysia(MPC) mengambil langkah memantapkan aktiviti dan usaha bagi meningkatkan daya saing negara tahun ini selaras dasar kerajaan untuk menggalakkan peningkatan produktiviti melalui inovasi.
Timbalan Ketua Pengarah 1 MPC, Ahmad Fadzil Mahmud, berkata mengikut laporan World Competitiveness Yearbook (YWC) 2010 yang diterbitkan Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) Switzerland, daya saing Malaysia kini berada pada kedudukan ke-10 daripada 58 negara tahun ini.
"Pada tahun lalu, negara kita pada kedudukan ke-18, ini menunjukkan pencapaian daya saing negara, meningkat lapan tangga berbanding tahun lalu.
"Berikutan itu, bagi membantu meningkatkan daya saing Malaysia, program sedia ada anjuran MPC sudah diubah suai berorientasikan transformasi dan inovasi industri," katanya pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Program Inno-Race Peringkat Wilayah Selatan 2010 di MPC Wilayah Selatan di sini.
Beliau berkata, perubahan ini juga selaras hasrat mengubah minda masyarakat daripada zon selesa kepada pemikiran yang sukakan inovasi dan kreativiti.
"Sebagai usaha menukar mindset (minda masyarakat) ini, ia memerlukan jalinan kerjasama mantap daripada pelbagai pihak untuk sama komited membantu meningkatkan daya saing negara," katanya.
Seramai 710 peserta dalam 142 kumpulan menyertai acara larian itu mengikut tiga kategori iaitu kategori sektor awam (29 kumpulan), syarikat swasta dan enterpris kecil sederhana (50) serta pelajar dan belia (63).
"Tempat pertama, kedua dan ketiga yang masing-masing menawarkan wang tunai RM1,000, RM750 dan RM500 bagi kategori sektor awam, dirangkul tiga kumpulan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Kategori sektor swasta pula dimenangi kumpulan dari Panasonic System Network (M) Sdn Bhd bagi tempat pertama, diikuti SME Bank (tempat kedua) dan Kenwood Electronics Technology (M) Sdn Bhd (tempat ketiga).
Kategori pelajar dan belia pula diraih Institut Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru (tempat pertama), Maktab Sultan Abu Bakar (tempat kedua), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor (tempat ketiga).
3rd PLACE WINNER
KETM group won 3rd place - Just for Fun from Engineering and MA.
They are;
- Ms Eng Ai Lee
- Mr Mohd Nor Ehwan Surat
- Mr Md Aziz Kamel
- Mr Mohd Siraj Saifuddin
- Mr Mohd Farid Shoib
|